Khamis, 17 Disember 2009

Orang Asli diperalat jual ‘madu tualang’ air gula : KOSMO 01/01/09


Keterangan Gambar :SEBAHAGIAN daripada madu lebah tiruan yang dijual oleh Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak. KUALA LUMPUR – Beberapa Orang Asli telah diperdaya oleh pihak tertentu untuk menjual air gula yang didakwa sebagai madu lebah di gerai Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak. Pelanggan yang mengunjung gerai itu, terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan, dengan mudah boleh tergoda untuk membeli cecair berwarna keemasan yang dibotolkan itu kerana menyangkanya madu liar tulen yang diusahakan oleh Orang Asli. Bagaimanapun, seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM) yang membuat pengkhususan dalam apiterapi (kaedah perubatan menggunakan produk madu lebah) secara kebetulan membongkar penipuan itu selepas menguji sampel dari gerai berkenaan. Prof. Kamaruddin Mohd. Yusoff dari Fakulti Perubatan berkata, beliau membeli air gula terbabit dengan tujuan menganalisis perbezaan khasiat madu liar yang diusahakan oleh Orang Asli. Sebaliknya, beliau mendapati ia sekadar air gula yang telah melalui beberapa rawatan kimia bagi meniru ciri-ciri fizikal madu lebah. Apabila beliau meminta penjelasan daripada Orang Asli berkenaan, pakar itu hanya diberitahu bahawa mereka diminta oleh ‘seseorang’ untuk menjual produk itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan