Jumaat, 3 Jun 2011

TESTIMONI

Kajian saintifik
Dalam satu persidangan 'World Apiculturu Conference' yang diadakan di China pada 1993 mengenai khasiat madu lebah, seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah untuk merawat 2094 pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Manakala doktor-doktor dari Poland pula telah memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam penyakit buasir, penyakitkulit dan sakit puan. Di dalam buku Folk Medicine The Honey and Cider Vinegar Way To Health mendapati madu boleh dimanafaatkan terhadap 1001jenis penyakit serta masalah dan begitu juga pendapat pengamal Naturalpathy/homeopathy sepakat mengiktirafkan madu berkesan menyembuh penyakit.

Madu lebah sebagai bahan antioksidan
Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark -colored honey) mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan,akan bertindak katas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemahdan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadu kanser.

Madu lebah sebagai bahan antibiotik
Selain itu kajian selama 3 tahun yang dilakukan oleh Universiti Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati madu lebah asli mampu menyembuhkan luka-luka yang gagal dirawat dengan antibiotik moden. Di dalam kajian ini daripada 59 pesakit yang mengalami luka-luka bernanah yang diberikan madu lebah,didapati 58 daripada mereka sembuh dengan sempurna. Di antara kelebihan madu lebah ialah pHnya yang berada di tahap yang menghalang pembiakan bakteria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan