Ahad, 30 Oktober 2011

Setiap jumaat di luar kaw. Masjid AT Taqwa TTDI K.L

Kini kami telah menyertai para peniaga gerai setiap hari jumaat di luar pagar masjid walaupun kami mempunyai kedai di Anjung Niaga Masjid At Taqwa.Bermula dari 11 pg hingga 2.30 ptg.Gerai kami terletak di antara gerai Kebab dan gerai Nasi Beriani dengan menggunakan khemah berwarna biru.

Jumaat, 3 Jun 2011

TESTIMONI

Kajian saintifik
Dalam satu persidangan 'World Apiculturu Conference' yang diadakan di China pada 1993 mengenai khasiat madu lebah, seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah untuk merawat 2094 pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Manakala doktor-doktor dari Poland pula telah memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam penyakit buasir, penyakitkulit dan sakit puan. Di dalam buku Folk Medicine The Honey and Cider Vinegar Way To Health mendapati madu boleh dimanafaatkan terhadap 1001jenis penyakit serta masalah dan begitu juga pendapat pengamal Naturalpathy/homeopathy sepakat mengiktirafkan madu berkesan menyembuh penyakit.

Madu lebah sebagai bahan antioksidan
Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark -colored honey) mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan,akan bertindak katas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemahdan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadu kanser.

Madu lebah sebagai bahan antibiotik
Selain itu kajian selama 3 tahun yang dilakukan oleh Universiti Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati madu lebah asli mampu menyembuhkan luka-luka yang gagal dirawat dengan antibiotik moden. Di dalam kajian ini daripada 59 pesakit yang mengalami luka-luka bernanah yang diberikan madu lebah,didapati 58 daripada mereka sembuh dengan sempurna. Di antara kelebihan madu lebah ialah pHnya yang berada di tahap yang menghalang pembiakan bakteria.

KELEBIHAN MADU LEBAH TUALANG

Bayi/kanak-kanak
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental
- Mengelak dan  membunuh daripada cacing perosak di dalm perut
- Mengeluarkan lendir dalam badan dan menguatkan minda kanak-kanak

Remaja
- Membantu kesempurnaan kesihatan yang berkekalan, badan sihat minda cergas

Wanita/ ibu mengandung
- Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandungdan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata 
- Menambahkan kejelitaan rupa paras dan tubuh badan yang menarik (AWET MUDA)

Lelaki
- Tampan dengan kekuatan asli dan kesihatan lebih muda
- Menguatkan tenaga lelaki

KHASIAT MADU LEBAH TUALANG

  • Menguatkan antibodi badan
  • Menyembuhkan masalah gastrik
  • Menghilangkan masalah cepat lesu, mudah lenguh dan bisa sendi
  • sebagai bahan utama rawatan santau
  • Menambahkan keinginan "suami isteri"
  • Masalah kudis kanak-kanak
  • Memudahkan mendapat zuriat 

Selasa, 27 Julai 2010

PUSAT JUALAN & EDARAN MADU TUALANG PAK HAJI KINI DIBUKA DI G-05 ANJUNG NIAGA AT-TAQWA, MASJID AT-TAQWA, TTDI,KL










Kaunter Jualan & Perlantikan Wakil Pengedar Baru



    Sudut Produk Kesihatan,Kuih & Biskut







   Sudut Pameran Produk Madu Pak Haji



Sudut Pameran Madu Pak Haji & Produk Kesihatan






















Rabu, 14 April 2010

Khasiat Madu Tualang 5x ganda khasiat madu ternak & 2x ganda khasiat madu hutan kampong

Fakta kajian makmal UPM sekitar 1995 yang dipaparkan dlm surat khabar berbahasa Malaysia menyatakan bahawa  khasiat madu tualang adalah lima kali ganda dari madu ternak dan dua kali ganda daripada madu hutan pinggir kampong.ini bermakna jika pembeli membeli madu tualang 1kg contohnya RM100 dan kawannya membeli madu ternak(madu komersial) pada harga contohnya Rm70/kg ,ini bermakna kawannya terpaksa membeli  sebanyak 5 botol madu ternak(RM70x5=Rm350) untuk menyamai khasiat madu tualang yang hanya bermodalkan RM100 shj.............soalan>mana lebih jimat & lebih cepat kecapi  lebih khasiat
jika 1kg diminum setiap sebulan?... SUDAH PASTI JAWAPANNYA MADU TUALANG

Ketahuilah....madu komersial kesemuanya adalah madu yang dihasilkan dalam   kotak  ternakan lebah madu & ia telah lalui proses sejatan untuk membuang sebahagian air utk memberhentikan proses penapaian yang menghasilkan gas yang banyak.yang akan membantutkan madu2 tadi dibotolkan utk dikomersilkan.oleh itu madu pun disejat pada suhu tidak melebihi 60 darjah celsius.ini akan menyebabkan keaslian khasiatnya berkurangan .madu2 ini tidak akan bertukar warna walaupun disimpan lama,ia juga dipanggil Madu Mati sedangkan madu tualang  Pak Haji dijual secara mentah2,bagaimana  ia diambil begitulah ia sampai ke tangan pembeli.Ia kaya dengan khasiat yang asli dan sentiasa hidup....akan bertambah gelap jika disimpan lama; ini
bukan  pula bermakna khasiatnya berkurangan

SOALAN.>;adakah madu tualang itu lutsinar seperti air teh O yg mana boleh kelihatan objek dibelakangnya?
soalan ini dituju kerana anda akan dapati sebahagian madu tualang yang dikomersilkan di kedai2 jamu kelihatn warnanya perang bersih lagi lutsinar.
JAWAPAN>MADU TUALANG ASLI ADALAH PENUH DENGAN DEBUNGA(POLLEN) DISAMPING NEKTAR DARI PELBAGAI RIBUAN BUNGA YG TELAH DICERNA OLEH LEBAH.MAKA SUDAH TENTU IA TIDAK LUTSINAR KERANA DEBUNGA TERAPUNG DI DALAM MADU.INILAH BEZANYA DI ANTARA MADU TUALANG DGN MADU TERNAK KERANA KARUNG DI KAKI LEBAH  TERNAK YG PENUH DGN DEBUNGA TERTANGGAL KETIKA IA PULANG KE KOTAK KERANA DIPAKSA MELALUI LUBANG YG SENGAJA DISEMPITKAN LALU KARUNG DEBUNGA JATUH KE BEKAS DI BAHAGIAN PALING BAWAH KOTAK.IA DIJUAL SBG BEE POLLEN.KESIMPULANNYA MADU TERNAK TIADA LAGI BEE POLLEN/DEBUNGA DIDALAMNYA &;MADU AKAN KELIHATAN LUTSINAR.

MAKA JELASLAH SEKARANG JIKA MADU ITU WALAUPUN PERANG TAPI SANGAT LUTSINAR IA ADALAH MADU...........JAWABLAH SENDIRI.

Madu Pak Haji tembusi pasaran Pusat Kecantikan & Farmasi



Produk Madu Pak Haji- Madu Abang Power(Tongkat Ali) & Madu Herba Kacip Fatimah



Contoh Stokis Madu Pak Haji ( Pusat Rawatan Alternatif-Ustaz Hamzah, Muar )



Produk Terbaru Madu Pak Haji-Madu Tualang Dalam Sarang 1kg



Umrah & Ziarah 2009

Gambar pintu2 masuk Masjid Nabawi

Hakikatnya Allah S.W.T yg membawa kita menjadi tetamu RasuluAllah S.A.W

Pemandangan suasana luar masjid nabawi ketika khutbah jumaat 








Rayulah kepadaNYA moga kita dijemput menjadi tetamuNYA








Bersantai selepas solat isya'







Khamis, 17 Disember 2009

Henti jual madu 'air gula' : KOSMO 05/01/09





Keterangan gambar :Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam. KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa. Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula. "Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam. Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut. Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.
Keratan Akhbar Kosmo 02/01/09


'Bukan madu kami' Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my -------------------------------------------------------------------------------- KUALA KANGSAR - Beberapa orang penjual madu lebah dari kalangan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak semalam mengakui produk tersebut bukan hasil hutan yang mereka cari sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh sebuah syarikat. Malah, mereka kini tidak lagi memperagakan botol-botol madu itu secara terbuka selepas pendedahan seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM)bahawa kajiannya mendapati madu itu sebenarnya air gula. Seorang peniaga yang enggan identitinya didedahkan mengakui mereka bukan pencari madu, tetapi ejen jualan sebuah syarikat pembekal yang turut memberi mereka salinan surat perakuan bahawa madu-madu itu produk tulen.

Orang Asli diperalat jual ‘madu tualang’ air gula : KOSMO 01/01/09


Keterangan Gambar :SEBAHAGIAN daripada madu lebah tiruan yang dijual oleh Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak. KUALA LUMPUR – Beberapa Orang Asli telah diperdaya oleh pihak tertentu untuk menjual air gula yang didakwa sebagai madu lebah di gerai Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak. Pelanggan yang mengunjung gerai itu, terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan, dengan mudah boleh tergoda untuk membeli cecair berwarna keemasan yang dibotolkan itu kerana menyangkanya madu liar tulen yang diusahakan oleh Orang Asli. Bagaimanapun, seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM) yang membuat pengkhususan dalam apiterapi (kaedah perubatan menggunakan produk madu lebah) secara kebetulan membongkar penipuan itu selepas menguji sampel dari gerai berkenaan. Prof. Kamaruddin Mohd. Yusoff dari Fakulti Perubatan berkata, beliau membeli air gula terbabit dengan tujuan menganalisis perbezaan khasiat madu liar yang diusahakan oleh Orang Asli. Sebaliknya, beliau mendapati ia sekadar air gula yang telah melalui beberapa rawatan kimia bagi meniru ciri-ciri fizikal madu lebah. Apabila beliau meminta penjelasan daripada Orang Asli berkenaan, pakar itu hanya diberitahu bahawa mereka diminta oleh ‘seseorang’ untuk menjual produk itu

Rabu, 16 Disember 2009

Sarang madu untuk dijual





Kami juga menjual madu bersama sarang yang masih belum diperah dgn harga RM160/kg.

Selasa, 15 Disember 2009

sarang 'fresh'siap untuk ditapis/diperah


Sarang lebah yang telah diturunkan


Gambar krew petugas pemungut madu



Pasukan pemungut madu kami sedang sibuk melayn madu yang diturunkan oleh rakan pemanjat

Gambar dekat sarang lebah



Anda semakin hampir dengan sarang lebah tualang

Sarang di dahan pokok



Inilah gambar sarang2 lebah yg bakal diambil oleh pemanjat pokok tualang

Sarang Di Pokok Tualang



Ini adalah contoh gambar yang mana Pokok Tualang yang kami jumpai semasa proses tinjauan.